NanaKhrl
Bonjour.


Diary About Links

dados



online:
of:
Owner: Nana
Age: 30
Thanks


Follow | Dashboard


Status.

Tidur.

Credits.


Re-Edit by : Razanna Hanim
Template by : Shira Radzuan
Basecodes by : Ainabillah
The pictures by : WeHeartit
Background by : 7th Disoder|Google
Cursor by : Ayem Rawi

Best view with Google Chrome


2026.

Sejak dua menjak ni, hati terasa berat.

Aku tak pasti macam mana nak jelaskan, tapi setiap kali aku gagal, walaupun kecil, ia tetap akan tinggalkan kesan. Aku bukan tak faham. Aku tahu kegagalan itu sangat perlu. Orang selalu kata, tanpa gagal, kita takkan belajar apa apa. Aku setuju. Aku faham logiknya. Tapi untuk memahami dan menerima.. itu dua perkara yang berbeza.

Bila sesuatu perkara tak menjadi, ada satu rasa kosong yang susah nak diisi. Seolah olah semua usaha yang aku letakkan sebelum ini tak cukup. Seolah olah aku sendiri yang tak cukup.

Dan yang paling menyakitkan, bukan kegagalan itu sendiri.. tapi rasa kecewa yang datang perlahan lahan selepas itu. Rasa yang kita cuba sorok, cuba kecilkan, tapi tetap ada. Tetap terasa.

Aku cuba kuatkan diri. Aku cuba pujuk diri sendiri walaupun menangis semahunya. Pujuk juga diri, tak apa, ini proses. Tapi dalam diam, hati tetap bertanya, “kenapa masih rasa sakit?”

Mungkin sebab aku jenis yang letak harapan yang sangat tinggi. Mungkin sebab aku betul betul nak sesuatu itu menjadi. Dan bila ia tak jadi, walaupun sikit, tetap rasa macam kehilangan sesuatu yang kita pegang erat.

Aku tahu aku akan pulih. Aku tahu ini bukan pengakhiran. Tapi buat masa sekarang.. aku cuma nak benarkan diri aku rasa kecewa itu. Tanpa menafikan. Tanpa berpura-pura kuat.

Sebab kadang-kadang, menjadi manusia itu bukan tentang sentiasa kuat.
Tapi tentang jujur dengan apa yang kita rasa.. walaupun ia menyakitkan.